Adakah tender baharu masih dianugerahkan kepada pihak TM?
Syarikat Pernec Integrated Network System Sdn. Bhd telah dilantik untuk pelaksanaan MyGovUC 2.0. MyGovUC 2.0 akan menggantikan MyGovUC sedia ada mulai 1 Januari 2021.
Berapa lamakah kontrak untuk platform baharu ini?
Kontrak baharu ini adalah selama 41 bulan.
Betulkah MyGovUC akan bertukar ke platform baharu?
MyGovUC akan bertukar platform dan platform yang akan digunakan dalam MyGovUC 2.0 adalah IceWarp.
Apakah itu IceWarp?
IceWarp adalah merupakan produk yang menyediakan perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang merangkumi kemudahan e-mel, persidangan video dan audio, penghantaran mesej serta perkongsian fail.
Mengapa perlu bertukar? Mengapa (MAMPU) memilih Icewarp?
MyGovUC 2.0 diiklan secara tender terbuka dan pemilihan syarikat dan produk yang ditawarkan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan serta memenuhi keperluan tender yang disediakan.
Bilakah peralihan baharu ini akan berlangsung?
Mulai 1 Januari 2021, Perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan mula beroperasi sepenuhnya.
Bagaimanakah/Bilakah proses migrasi diadakan?
Proses migrasi akan berlangsung secara berfasa dan pengguna akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sehingga pengguna akan mula menggunakan perkhidmatan IceWarp sepenuhnya.
Apakah kesan kepada pengguna?
Pengguna akan dapati cara capaian dan antaramuka yang berbeza semasa menggunakan perkhidmatan MyGovUC 2.0. Sungguhpun demikian, pengguna akan turut dibekalkan kemudahan eLearning iaitu video-video ringkas bagaimana untuk menggunakan Perkhidmatan IceWarp yang boleh dipelajari secara atas talian.
Adakah ia akan mengganggu pelaksanaan tugas-tugas rasmi pengguna sedia ada yang menggunakan e-mel?
Pasukan MyGovUC 2.0 akan memastikan tiada gangguan ke atas capaian e-mel sepanjang proses migrasi ini berlaku.
Adakah perkhidmatan video conference disediakan?
Perkhidmatan video conference turut disediakan dalam MyGovUC 2.0
Adakah mailbox lama akan dimigrasi ke mailbox baharu?
Mailbox lama pengguna akan dimigrasi secara berperingkat ke mailbox baharu.
Bagaimanakah saya boleh belajar menggunakan platform baru ini?
Pasukan MyGovUC akan menyediakan platform untuk pembelajaran secara eLearning untuk membantu pengguna.
Bagaimanakah dengan perkhidmatan SMTP Relay?
SMTP Relay turut disediakan dalam MyGovUC 2.0
Bilakah hebahan akan dibuat?
Hebahan akan dilaksana secara berperingkat.
Berapakah storan yang disediakan?
Saiz storan pengguna akan dipertingkat berbanding saiz storan sedia ada.
Adakah service desk juga disediakan 24 jam seperti sebelum ini?
Service desk MyGovUC 2.0 kekal boleh dihubungi 24 jam sehari seperti MyGovUC sedia ada.
